Lawak Ke Der 'Live' 2018
Tickets from RM58
29th - 31st March 2018
Istana Budaya, Kuala Lumpur View Map
8.30 p.m
 

Setelah bercuti selama satu tahun, persembahan lawak LIVE terbaik Malaysia akan dipentaskan semula di Istana Budaya pada 29 - 31 Mac 2018!

Lawak Ke Der terbitan Tall Order Sdn. Bhd., jenama yang telah bertapak sejak tahun 2012, adalah sebuah persembahan yang tidak asing lagi bagi peminat komedi.

Persembahan lawak berkualiti ini akan diterbitkan dan diarahkan oleh Dato’ Hans Isaac, seorang pelakon, penerbit dan pengarah berkaliber yang pernah merangkul pelbagai anugerah.

Lawak Ke Der 2018 kembali dengan nafas baru dan akan diwarnai nama-nama besar industri seni Malaysia dan Singapura!

Sherry Al-Hadad, seorang personaliti yang telah membawa bidang pengacaraan komedi ke tahap yang lebih tinggi, bakal mengacarakan Lawak Ke Der 2018 bersama dengan Shuk, seorang pelawak yang amat terkenal dengan parodi-parodinya. Gandingan mereka pasti akan menggegarkan Istana Budaya!

Dato’ Afdlin Shauki, seorang pelawak, pelakon, pengarah, penerbit, penulis yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan juga akan membuat persembahan di pentas Lawak Ke Der 2018. Nama Dato’ Afdlin Shauki sudah sebati dengan Lawak Ke Der, beliau telah membuat persembahan di Lawak Ke Der sejak dari musim pertama pada tahun 2012 lagi. Lawak Dato’ Afdlin Shauki yang menyengat tapi bersahaja pasti akan menghiburkan penonton.

Selain daripada itu, Gurmit Singh, pelawak, pelakon dan pengacara dari Singapura yang amat terkenal dengan sitkom ‘Phua Chu Kang’ juga akan menceriakan pentas Lawak Ke Der 2018 ini! Beliau sudah aktif dalam bidang komedi sejak tahun 1997 lagi dan telah memenangi pelbagai anugerah. Gurmit Singh merupakan pelawak pertama dari luar negara yang dijemput menyertai Lawak Ke Der. Pengalamannya yang luas dalam bidang komedi akan menjanjikan sesuatu yang lain daripada yang lain!

Di samping itu, Kumpulan Shiro yang terdiri daripada Shahrol dan Ajak juga akan memeriahkan Lawak Ke Der 2018! Juara Raja Lawak musim ke-6 ini telah memenangi tempat di rancangan Maharaja Lawak Mega setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga 2017! Walaupun gaya persembahan mereka santai, persembahan mereka sentiasa berisi.

Bukan itu sahaja, Lawak Ke Der 2018 akan membawa kelainan kerana bakal menampilkan Dato’ Zainal Abidin! Nama beliau adalah nama yang tidak asing lagi kerana beliau telah aktif di dalam bidang seni sejak tahun 1989. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Dato’ Zainal Abidin adalah seorang yang sangat lucu. Untuk Lawak Ke Der 2018, Dato’ Zainal Abidin akan memberikan persembahan muzikal komedi yang pasti akan menjadi ingatan para penonton.

TICKET PRICE

Select ticket

 
Category Normal Price Seating Plan
STALL RM 118.00
RM 148.00
RM 178.00
RM 208.00
GRAND CIRCLE RM 88.00
RM 118.00
RM 208.00
UPPER CIRCLE RM 58.00
BUY TICKETS / Buy Ticket From Physical Outlets
* Additional charges will be applied for credit/debit card transaction, optionally customer may pay cash for outlet purchase to avoid the charges. * Discounts for Students/OKUs/Senior Citizens are available at authorized outlets and Istana Budaya Box Office. Ticket holders must present supporting documents upon purchase.

REMINDER

  1. Dress code : Neat and decent. Worn out / faded / shabby jeans, t-shirt without collar, shorts, slippers, and sandals are STRICTLY NOT ALLOWED.
  2. Minimum age : 6 years & above.
  3. Food and drinks are not allowed in the auditorium.

Important Notes

  1. Prices shown exclude RM4.00 AirAsiaRedTix fee & other taxes.
  2. Transaction fee of RM8.00 per event applicable for Internet purchase.
  3. RM10.00 reprint fee applicable if the online ticket purchaser fail to present the e-ticket for redemption on the event day.
  4. Strictly no replacement for missing tickets and cancellation.
  5. Online ticket selling will close 1 days prior to event day, subject to availability.
  6. Ticket is required for any child aged 2 & above

For enquiry only:

Email to support@airasiaredtix.com.