01 Konsert Karya Agung Pak Ngah Bersama OTM & Dato Sri Siti Nurhaliza

Istana Budaya berbangga mempersembahkan konsert “Karya Agung PakNgah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) bersama Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato’ Sri Siti Nurhaliza” bermula 14 hingga 15 Oktober 2019, jam 8:30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya.

Konsert ini akan menampilkan lagu-lagu irama Malaysia yang pernah menjadi siulan, hasil ciptaan komposer terkemuka iaitu Allahyarham Datuk Suhaimi Md Zain (PakNgah). Sepanjang hidup beliau, PakNgah komited memperjuangkan irama Malaysia serta banyak menghasilkan lagu untuk penyanyi-penyanyi terkenal tanahair. Kehilangan peneraju muzik etnik tradisional, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau PakNgah amat dirasai oleh peminat dan juga rakyat Malaysia. Lagu-lagu ciptaan PakNgah meninggalkan impak tersendiri dalam perjalanan kerjaya ramai artis yang berupaya menyanyikan irama Malaysia. Konsert ini diadakan bertujuan memberi penghormatan kepada Allahyarham melalui lagu – lagu yang memberi kesan mendalam kepada pendengar di negara ini.

Konsert ini mengandingkan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama barisan penyanyi terkenal tanahair iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Syamel, Asmidar dan Rojer. Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) merupakan Orkestra Tradisional di bawah pengurusan Istana Budaya yang berteraskan muzik pelbagai kaum dan etnik Malaysia. PakNgah Production Sdn.Bhd yang telah beroperasi di Setapak sejak 26 Oktober 1995 akan turut serta dalam persiapan untuk konsert ini.

IMPORTANT REMINDERS
- Patrons are not allowed entry to the auditorium if they are wearing warn out/shabby jeans, round neck T-shirts, shorts, conspicuous attire, sport attire, sport shoes or slipper.
- The Istana Budaya ushers have the rights to prevent anyone who did not follow the above Dress Code from watching the performance.
- Tickets sold are not returnable or exchange. The scheduled programs could be changed without prior notice.
- Audience must be seated 15 minutes before the show begins. Late comers will have to wait for the right time to enter the auditorium in the waiting room.
- Children below 6 years old are not allowed in the auditorium. Exception is only for show specially made for children.
- Camera and any means of recording are not allowed without the Istana Budaya Management’s permission.
- Mobile phones and pages must be switched off when entering the auditorium.
- Smoking, outside food and drinks are not allowed in the auditorium.
- Audience are advised to watch their belongings. Istana Budaya will not be responsible for any loss or damages.

02 Event Location

Location