Konsert Khai Bahar - Dari Smule Ke Pentas Dunia Konsert Khai Bahar - Dari Smule Ke Pentas Dunia

01 Konsert Khai Bahar - Dari Smule Ke Pentas Dunia

KEJAYAAN demi kejayaan yang diraih penyanyi popular, Khai Bahar.

Penyanyi ini mula dikenali selepas nyanyiannya menerusi lagu Sudah Ku Tahu daripada Projector Band di aplikasi Smule menjadi viral.

Bermula dari aplikasi itu, nama Khai Bahar terus meniti di bibir peminat di persada hiburan tanah air. Khai juga tidak menoleh ke belakang lagi menerusi 28 anugerah dan pengiktirafan diraihnya dalam bidang seni ketika ini.

Single sulung, Bayang berjaya mara ke acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL) dan lagu Luluh pada AJL ke-33.

Terbaharu, Khai yang popular menerusi lagu Luluh dipilih oleh pihak Istana Budaya bagi membuat persembahan pentas buat julung kalinya di bawah penganjuran produksi Ogy Ventures milik pengarah dan pelakon terkenal, Fauziah Ahmad Daud.

Konsert Khai Bahar : Dari Smule Ke Pentas Dunia yang bakal membuka pentas pada 27 dan 28 Mac depan menjadi buah tangan sulung Khai untuk tahun 2020.

Menurut pengarah konsert ini Pat Ibrahim Khai adalah sebutir bintang yang menampakkan sinar serta melangkah dengan lebih berani, membawa peminat ke dalam jiwa seseorang anak seni.

Konsert berdurasi hampir 2 jam itu kelak akan memuatkan 20 buah lagu yang terdiri daripada lagu- lagu Khai Bahar dan medley.

Mereka yang membeli tiket berharga RM556 berpeluang untuk berjumpa dan mengabdikan kenangan bersama Khai selepas konsert.

02 Event Location

Location