Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama
Tickets from RM80
6th - 9th April 2017
Panggung Sari, Istana Budaya View Map
8:30 pm
 

Nama Awie tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Artis serba boleh ini seringkali mendapat perhatian di dalam semua aktiviti dan hasil karya beliau. Vokalis kumpulan muzik terkenal tanahair ini juga mempunyai suara unik yang pastinya akan memukau seluruh peminat muzuk. Dengan karisma dan kebolehan beliau, Awie melangkah setapak lagi kebidang pengarahan persembahan pentas dengan menghasilkan KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA.

KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA akan menggegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair. Gandingan artis-artis hebat dalam satu pentas dengan soroton adegan dari rintihan lagu selama 2 jam akan menjelajahi jiwa dan rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang di perjuangkan.

Tujuan konsert ini diadakan bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma. Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak – anak seni yang tidak pernah berubah. Dato’ Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan dengan persatuan-persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan 1Malaysia, MACP, RPM dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air.

Bagi Dato’ Awie, nasib para artis Malaysia tidak seharusnya malang seperti yang telah berlaku selama ini kerana para artis adalah golongan yang amat berpengaruh. Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tidak ada langkah yang betul di ambil maka ianya tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan.

Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, YAZID dari KUMPULAN SEARCH. Tiada seorang peminat muzik tanahair yang tidak kenal beliau. Menganggotai sebuah kumpulan muzik rock ternama selama ini tetapi setelah beliau mengidap penyakit buah pinggang, mata pencariannya terhad. Dato’ Awie sebagai salah seorang peneroka muzik rock tanahair mengambil inisiatif untuk membantu beliau dan tidak mahu anak – anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan di zaman kejatuhan.

Artis – arits ternama iaitu Dato’ Awie, Eddie Wings, Black Wings, Dato’ M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karim, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Bukan Sekadar Rupa, Aniq Ceria Pop Star adalah antara para artis yang berpadu tenaga untuk menjayakan KONSERT WINS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA. Para pemuzik yang turut terlibat adalah Eddrie Hashim, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Kudin Headwind, Lola, Rodi Kristal, Hamzah, Pae, Fly dan Adi. Harga tiket bemula daripada RM80.00, RM150.00, RM200.00, RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 boleh di beli melalui ONLINE di Website Redtix, www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai eosk, 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019 2932436 (Ejat) atau 019 2975260 (Sam). Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.

Awie Entertainment Sdn Bhd yang disokong padu oleh rakan seperjuangan di dalam persada seni amat berharap kejayaan konsert ini akan berpihak kepada semua insan seni tanahair.

TICKET PRICE

Select ticket

 
Price Category Normal Price Seating Plan
Stalls RM 303
RM 253
RM 203
Grand Circle RM 350
RM 203
RM 153
Upper Circle RM 80
BUY TICKETS / Buy Ticket From Physical Outlets
*Additional charges will be applied for credit/debit card transaction, optionally customer may pay cash for outlet purchase to avoid the charges.

Reminder

Dress code
Neat and decent. Worn out / faded / shabby jeans, t-shirt without collar, shorts, slippers, and sandals are STRICTLY NOT ALLOWED.

Minimum age
6 years & above

Food and drinks are not allowed in the auditorium.

Important Notes

  1. Prices shown include RM3.00 AirAsiaRedTix fee & exclude 6% GST.
  2. Transaction fee of RM8.00 per event applicable for Internet purchase.
  3. RM5.00 reprint fee applicable if the online ticket purchaser fail to present the e-ticket for redemption on the event day.
  4. Strictly no replacement for missing tickets and cancellation.
  5. Online ticket selling will close 2 days prior to event day, subject to availability.

For enquiry only:

Email to support_redtix@airasia.com.